Sunday, September 26, 2010

Cinta Monyet

Sifat cinta dan mencintai adalah pengurniaan Allah.Ia datang tanpa diduga dan sukar diusir pergi.Hanya dengan iman dan fikiran yang waras kita berjaya mengawalnya bukan cinta yang mengawal kita.Andai dibiarkan cinta itu mengawal kita...ia akan membawa kehancuran dalam hidup kita.
Aku juga tidak terlepas dari sifat ingin disayangi dan menyayangi ketika usia remaja.Namun kerana keadaan aku dibesarkan dengan penuh batas adat dan ugama aku sentiasa berhati-hati agar tidak tersesat arah.
Waktu amat muda aku jatuh hati pada abang sepupuku.Jarak umur yang jauh berbeza..aku di tingkatan dua sedangkan dia bekerja di bandar.Berjumpa hanya bila dia balik bercuti.Dalam diam diam aku amat menyayanginya...tapi itu rahsia hatiku.Aku amat berhati-hati agar perasaanku tidak dapat di kesani oleh sidia.Satu penyeksaan walaupun aku berjaya membendung segalanya.
Tugas utamaku ialah belajar setinggi mana yang terdaya.Aku kuatkan hati agar cinta tidak menghalang cita-cita.Alhamdulilah aku berjaya hingga ke politeknik walaupun aku berperang perasaan samada cinta monyetku itu diterima oleh sidia.Kerana dia pun mungkin menganggap aku hanya sebagai adik yang memang perlu dimanjakan.Apatah lagi dia berada dalam suasana pejabat yang dikeliling oleh gadis gadis jelita.Siapalah aku..hanya gadis kampong yang masih di bangku sekolah...Biarlah segala perasaan sayang ku pendamkan saja di sudut hati....sebagai kenangan indah bagiku.Aku bersyukur kerana disayangi walaupun mungkin bukan dicintai.....Jodoh.... ku serahkan kepada Allah Yang Maha Esa.
Masa berlalu pantas.Aku selamat menamatkan pelajaranku dan mendapat pekerjaan.Aku keraskan hati agar dapat ku buang jauh perasaan cinta monyet ku itu.Namun lagi ku cuba lagi aku tewas.Dia juga yang bertakhta di hati ini.Aduhai...tambah pulak kemesraan  dan keperihatinannya terhadapku semakin dipamerkan.Siapakah aku disisinya???
Dalam kekeliruan ku panjatkan doa...Ya Allah..sekiranya ini jodohku ..satukan lah kami..kalau bukan jauhlkanlah kami....sambil itu aku buat sembahyang istikharah...kalau tiada kebaikan bagi kami....jauhkanlah kami...
Alhamdulilah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar...kakaknya datang melamarku.Dengan penuh restu kami disatukan...sempat lagi aku bertanya...apakah dia dipaksa menerima aku....Dia suka dipaksa katanya!!!
Kini alhamdulilah telah 27 tahun kami masih  bahagia bersama...tambah meriah dengan empat cahayamata yang sedang menginjak remaja dan dan dikelilingi oleh sanak saudara...Syukor ke hadratMu Ya Allah...Semuga kami dipanjangkan umur dalam Rahmat dan HidayahMu...Amin...
Itulah percaturan Allah sediakan untuk ku.....sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...Penantianku  selama.13 tahun akhirnya terjawab...DIA lah jodoh yang terbaik Allah sediakan untuk ku....ALHAMDULILAH

No comments: