Sunday, September 26, 2010

Alam Remajaku

Kehidupan alam remajaku amat menyenangkan walaupun dalam keadaan sederhana.Memandangkan aku anak perempuan tunggal,anak cikgu lagi,aktivitiku amat terbatas.Setiap kali melangkah kaki keluar rumah,aku akan diajukan soalan berikut,pergi mana,dengan siapa,ada apa. Walaupun kadangkala amat membosankan tapi aku akur.
Hobiku suka berbasikal keliling kampong bersama kakak angkat Cina.Tapi bukan kemana sangat,aku suka berkunjung ke rumah sedara maraku seperti mak saudara,tok saudara,sepupu dan kawan-kawan.Dan apabila aku balik pasti ada aje buah tangan yang aku dapat,makanan dan buah2an.Semua orang kampong mengenali aku.Namun maruah bapaku harus dijaga di mana saja aku berada kerana aku anak cikgu.
Bapaku selalu berpesan agar menghormati orang kampong yang susah.Aku boleh berbual dengan siapa aje,sama ada tua atau muda.Aku mewarisi sifat peramah ibu bapaku.Alhamdulilah aku dari kecil lagi telah didedahkan dengan kesusahan dan kesulitan hidup orang kampong,sekadar kais pagi makan pagi.Seharusnya aku bersyukur kerana jauh lebih senang dari mereka.Alhamdulilah

1 comment: