Monday, September 27, 2010

Alam Berumahtangga

Sama seperti mana-mana pasangan yang baru melayari alam rumahtangga , hari hari yang dilalui penuh dengan kemanisan dan kasih sayang Walaupun hidup yang amat sederhana,alhamdulilah suamiku mampu menyediakan rumah dan segala kelengkapan yang perlu.Alhamdulilah.Dengan pendapatan yang mencukupi kami tidak mampu untuk membeli kereta.Sehingga anak dua kami masih menaiki bas.Berebut-rebut dan berhimpit-himpit. Aku redha kerana aku telah bersedia menerima seadanya.Hanya setelah 10 tahun barulah kami mampu memiliki kereta.Alhamdulilah.Terima kasih ayahbonda kerana berjaya mendidik aku dengan serba sederhana.
Memandangkan kami bersaudara,kaum keluarga lebih selesa bertamu.Mana -mana kaum keluarga yang memerlukan tempat tinggal sementara dengan besar hati kami pelawa.Ibu mertuaku ia itu emak saudaraku suka tinggal bersama.Tetapi anak-anak kecil aku hantar ke rumah pengasuh.supaya dia dapat berehat dan hanya membantu kerja-kerja ringan.Ramai anak-anak buah yang tinggal bersama sementara mereka mendapat pendapatan yang lebih baik.Sekurang-kurangnya makan dan sewa tak perlu dirisaukan.Walaupun  pendapatan kami tak sebanyak mana,tapi alhamdulilah segalanya mencukupi.Mungkin Allah memberkatinya kerana niat kami untuk membantu mereka.Rumahku sentiasa ceria dengan gelak ketawa mereka.
Waktu terus berlalu,anak-anak buah yang duduk bersama seorang demi seorang meninggalkan rumah setelah mendapat jodoh masing-masing.Alhamdulilah.Aku rasakan seolah-olah aku punya sepuluh orang anak sedang anakku hanya empat,itu pun masih kecil lagi.
Kini yang bersama aku adalah anak-anak remajaku sendiri yang perlu dididik dan ditegur.Macam mana aku mendidik anak buahku,begitu jugalah anak-anakku sendiri.Tentang perilaku dan kebebasan ada batasannya.

No comments:

Post a Comment