Sunday, September 26, 2010

Perjalanan hidupku

Aku dibesarkan dalam serba sederhana walaupun arwah bapa seorang gurubesar kampong.Rumahku tiada TV,tiada peti sejuk walau pun waktu itu orang kampong sudah mampu memiliki semua itu.Bapaku hanya punya sebuah basikal lama untuk di kayuh ke sekolahnya sedangkan guru guru bawahannya semuanya berkereta.Arwah bapa bukannya seorang yang lokek..dia tak pernah berkira tentang makan dan minum dan keperluan harian.
Pada nya TV hanya akan menganggu anak cucu untuk belajar .Melekakan katanya.Sekiranya kami mencemuhkan muka menghadap hidangan..arwah akan berkata...ada orang langsung tak ada apa untuk dimakan.Seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.Dengan itu tak ada siapa yang berani memuncung walau apa juga yang dihidang.Tak suka makan sikit.
Bonda pula begitu penyabar dan tak suka banyak cakap.Bercakap tapi bukan berleter.Walau pun orang kampong dah pakai dapur gas, bonda tetap menggunakan arang untuk memasak.Orang lain sudah pakai blender tapi bonda tetap dengan batu gilingnya.
Walaupun suami seorang gurubesar tapi bonda tak pandai meminta-minta.Baju dan bedak pula arwah bapa yang belikan.Apa warna kain yang dibeli diterima dengan kesyukuran.Tak pernah tersebut di mulut..tak suka warna ini ke warna itu ke. Bila dapat terus buat baju dan pakai.Kalau tak suka lepas itu baru simpan.Sentiasa menghargai pemberian suami.
Tak pernah terdengar bonda membantah suruhan suami.Apa lagi meninggikan suara.Kalau bapa berleter,bonda hanya mendiamkan diri.Hanya aku yang suka menjawap walau pun selalu dimarahi bonda kerana katanya kalau di jawap lagi panjang marahnya.Tapi kerana aku anak tunggal perempuan kesayangan bapa,bapa akan beralah.Manja lah konon.
Aku amat mengagumi bapaku di atas perihatinnya kpada kaum keluarga seperti adik,kakak dan ipar duainya.Dia akan sentiasa membantu dengan kewangan yang ada.Semuanya akan dibantu bila perlu.Bonda pula tak pernah hirau apa dan berapa yang bapa keluarkan untuk sanak saudara.Kata bonda itu tanggung jawap bapa untuk adik beradik dia.Itu hak dia.
Satu lagi arwah bapa suka bawak kami berkunjung ke rumah saudara mara..terutamanya yang lebih tua walaupun sekampung.Lepas makan malam,terutama malam kelepasan,kami akan berjalan kaki ke rumah Mak Long, ke rumah Pak Cu ke rumah saudara mara.Berbual sejam dua baru balik.
Apabila tetamu atau sanak saudara datang berkunjung,mesti disediakan makanan atau kalau tidak pun air bujang.Tidak kira lah siang ke atau dinihari.Bonda tak pernah merungut walau dikejutkan untuk membuat air untuk tamu yang terpaksa datang di waktu dinihari.
Sahaja aku paparkan disini untuk dijadikan pedoman hidupku dari sifat sifat yang ada pada kedua ayah bonda ku.Inilah didikan yang mereka berikan pada ku.Dan kini usiaku 51 tahun dan seboleh mungkin aku ingin mewarisi sifat-sifat baik mereka untuk menjalani hidup ini.Untuk anak anak cucu arwah,renungkanlah titipan ini untuk dijadikan sempadan hidup.

No comments:

Post a Comment