Friday, October 1, 2010

UJIAN DAN DUGAAN HIDUP

Allah akan menguji hamabanya untuk menghapuskan dosa atau meningkatkan darjat seseorang hambaNya.Allah boleh uji kita dengan kesihatan,kemewahan dan kesusahan.Beringat-ingatlah sekiranya Allah uji kita dengan kemewahan dan harta benda kerana ditakuti kita akan terleka dengan kemewahan yang ada.Mungkin dengan harta yang melimpah ruah itu kita jadi semakin kedekut,sombong dan riak.Kita lupa hak orang dalam harta kita..kita bermewah sedangkan  masih ada kaum kerabat kita yang susah...

Monday, September 27, 2010

Renungan

Kini aku dan suami sudah pun memasuki usia emas.Kini tugas kami memantau anak anak remaja kami pula.Sepertimana aku dengan anak-anak buah begitu jugalah dengan anak-anakku,selalu dipesan dan perlu ditegur.Hidup ini ada hukum hakamnya, ada batasannya.
Aku lega sedikit kerana anak-anak telah dewasa, tidak lagi riuh dengan tangisan kecil anak-anak,ragam-ragam mereka tapi tugas kami masih belum
selesai mendidik mereka untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Diwaktu yang terluang ini jugalah kami ingin menambah bekalan akhirat kerana selama ini telah banyak nikmat dunia yang telah kami kecapi.Alhamdulilah..Syukor kepadaMu Ya Allah...
Sekarang kebanyakan anak-anak buahku telah punya keluarga sendiri.Kini fahamlah mereka kenapa ada masanya aku garang, ada masanya aku berlawak.Sebenarnya aku ikhlas menyayangi mereka.

Aku bahagia sekali dengan adanya ramai kaum keluargaku.Hubungan kekeluargaan kami rapat.Andai dulu aku yang memantau mereka,kini mereka pula memantau kami.Ada masa terluang mereka datang menjenguk dan bertanya khabar.Itulah sebahagian dari kebahagiaanku.Keikhlasan kasih sayang yang diberikan di balas dengan kasih sayang juga.Kasih sayang mereka menceriakan hidup ini.Terima kasih kalian....

Hidup ini seperti roda...Ada masa kita gembira di atas..ada masa kita tersepit di bawah...Itu lah ujian yang Allah bagi untuk kita...untuk meningkat darjat kita atau untuk menghapuskan dosa-dosa kita.Bersangka baiklah kita kepadaNYA..kerana Allah menguji kita setakat yang kita mampu.
Andai diuji mohonlah kepadaNya ketabahan dan jalan keluar...Sesungguhnya Allah Maha Mendengar...Dia suka mendengar rintihan hambaNya..Walau sekecil mana pun masaalah kita..panjatkanlah doa ikhlas kepadaNYA...Insyaallah...
Mungkin kita terleka..maka Allah ingin memperingatkan...kerana DIA menyayangi kita...Oleh itu janganlah kita terlalu berkeluh kesah...bukan tak boleh langsung bersedih...tetapi...berlapang dada...

Alam Berumahtangga

Sama seperti mana-mana pasangan yang baru melayari alam rumahtangga , hari hari yang dilalui penuh dengan kemanisan dan kasih sayang Walaupun hidup yang amat sederhana,alhamdulilah suamiku mampu menyediakan rumah dan segala kelengkapan yang perlu.Alhamdulilah.Dengan pendapatan yang mencukupi kami tidak mampu untuk membeli kereta.Sehingga anak dua kami masih menaiki bas.Berebut-rebut dan berhimpit-himpit. Aku redha kerana aku telah bersedia menerima seadanya.Hanya setelah 10 tahun barulah kami mampu memiliki kereta.Alhamdulilah.Terima kasih ayahbonda kerana berjaya mendidik aku dengan serba sederhana.
Memandangkan kami bersaudara,kaum keluarga lebih selesa bertamu.Mana -mana kaum keluarga yang memerlukan tempat tinggal sementara dengan besar hati kami pelawa.Ibu mertuaku ia itu emak saudaraku suka tinggal bersama.Tetapi anak-anak kecil aku hantar ke rumah pengasuh.supaya dia dapat berehat dan hanya membantu kerja-kerja ringan.Ramai anak-anak buah yang tinggal bersama sementara mereka mendapat pendapatan yang lebih baik.Sekurang-kurangnya makan dan sewa tak perlu dirisaukan.Walaupun  pendapatan kami tak sebanyak mana,tapi alhamdulilah segalanya mencukupi.Mungkin Allah memberkatinya kerana niat kami untuk membantu mereka.Rumahku sentiasa ceria dengan gelak ketawa mereka.
Waktu terus berlalu,anak-anak buah yang duduk bersama seorang demi seorang meninggalkan rumah setelah mendapat jodoh masing-masing.Alhamdulilah.Aku rasakan seolah-olah aku punya sepuluh orang anak sedang anakku hanya empat,itu pun masih kecil lagi.
Kini yang bersama aku adalah anak-anak remajaku sendiri yang perlu dididik dan ditegur.Macam mana aku mendidik anak buahku,begitu jugalah anak-anakku sendiri.Tentang perilaku dan kebebasan ada batasannya.

Sunday, September 26, 2010

Cinta Monyet

Sifat cinta dan mencintai adalah pengurniaan Allah.Ia datang tanpa diduga dan sukar diusir pergi.Hanya dengan iman dan fikiran yang waras kita berjaya mengawalnya bukan cinta yang mengawal kita.Andai dibiarkan cinta itu mengawal kita...ia akan membawa kehancuran dalam hidup kita.
Aku juga tidak terlepas dari sifat ingin disayangi dan menyayangi ketika usia remaja.Namun kerana keadaan aku dibesarkan dengan penuh batas adat dan ugama aku sentiasa berhati-hati agar tidak tersesat arah.
Waktu amat muda aku jatuh hati pada abang sepupuku.Jarak umur yang jauh berbeza..aku di tingkatan dua sedangkan dia bekerja di bandar.Berjumpa hanya bila dia balik bercuti.Dalam diam diam aku amat menyayanginya...tapi itu rahsia hatiku.Aku amat berhati-hati agar perasaanku tidak dapat di kesani oleh sidia.Satu penyeksaan walaupun aku berjaya membendung segalanya.
Tugas utamaku ialah belajar setinggi mana yang terdaya.Aku kuatkan hati agar cinta tidak menghalang cita-cita.Alhamdulilah aku berjaya hingga ke politeknik walaupun aku berperang perasaan samada cinta monyetku itu diterima oleh sidia.Kerana dia pun mungkin menganggap aku hanya sebagai adik yang memang perlu dimanjakan.Apatah lagi dia berada dalam suasana pejabat yang dikeliling oleh gadis gadis jelita.Siapalah aku..hanya gadis kampong yang masih di bangku sekolah...Biarlah segala perasaan sayang ku pendamkan saja di sudut hati....sebagai kenangan indah bagiku.Aku bersyukur kerana disayangi walaupun mungkin bukan dicintai.....Jodoh.... ku serahkan kepada Allah Yang Maha Esa.
Masa berlalu pantas.Aku selamat menamatkan pelajaranku dan mendapat pekerjaan.Aku keraskan hati agar dapat ku buang jauh perasaan cinta monyet ku itu.Namun lagi ku cuba lagi aku tewas.Dia juga yang bertakhta di hati ini.Aduhai...tambah pulak kemesraan  dan keperihatinannya terhadapku semakin dipamerkan.Siapakah aku disisinya???
Dalam kekeliruan ku panjatkan doa...Ya Allah..sekiranya ini jodohku ..satukan lah kami..kalau bukan jauhlkanlah kami....sambil itu aku buat sembahyang istikharah...kalau tiada kebaikan bagi kami....jauhkanlah kami...
Alhamdulilah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar...kakaknya datang melamarku.Dengan penuh restu kami disatukan...sempat lagi aku bertanya...apakah dia dipaksa menerima aku....Dia suka dipaksa katanya!!!
Kini alhamdulilah telah 27 tahun kami masih  bahagia bersama...tambah meriah dengan empat cahayamata yang sedang menginjak remaja dan dan dikelilingi oleh sanak saudara...Syukor ke hadratMu Ya Allah...Semuga kami dipanjangkan umur dalam Rahmat dan HidayahMu...Amin...
Itulah percaturan Allah sediakan untuk ku.....sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...Penantianku  selama.13 tahun akhirnya terjawab...DIA lah jodoh yang terbaik Allah sediakan untuk ku....ALHAMDULILAH

Alam Remajaku

Kehidupan alam remajaku amat menyenangkan walaupun dalam keadaan sederhana.Memandangkan aku anak perempuan tunggal,anak cikgu lagi,aktivitiku amat terbatas.Setiap kali melangkah kaki keluar rumah,aku akan diajukan soalan berikut,pergi mana,dengan siapa,ada apa. Walaupun kadangkala amat membosankan tapi aku akur.
Hobiku suka berbasikal keliling kampong bersama kakak angkat Cina.Tapi bukan kemana sangat,aku suka berkunjung ke rumah sedara maraku seperti mak saudara,tok saudara,sepupu dan kawan-kawan.Dan apabila aku balik pasti ada aje buah tangan yang aku dapat,makanan dan buah2an.Semua orang kampong mengenali aku.Namun maruah bapaku harus dijaga di mana saja aku berada kerana aku anak cikgu.
Bapaku selalu berpesan agar menghormati orang kampong yang susah.Aku boleh berbual dengan siapa aje,sama ada tua atau muda.Aku mewarisi sifat peramah ibu bapaku.Alhamdulilah aku dari kecil lagi telah didedahkan dengan kesusahan dan kesulitan hidup orang kampong,sekadar kais pagi makan pagi.Seharusnya aku bersyukur kerana jauh lebih senang dari mereka.Alhamdulilah

Perjalanan hidupku

Aku dibesarkan dalam serba sederhana walaupun arwah bapa seorang gurubesar kampong.Rumahku tiada TV,tiada peti sejuk walau pun waktu itu orang kampong sudah mampu memiliki semua itu.Bapaku hanya punya sebuah basikal lama untuk di kayuh ke sekolahnya sedangkan guru guru bawahannya semuanya berkereta.Arwah bapa bukannya seorang yang lokek..dia tak pernah berkira tentang makan dan minum dan keperluan harian.
Pada nya TV hanya akan menganggu anak cucu untuk belajar .Melekakan katanya.Sekiranya kami mencemuhkan muka menghadap hidangan..arwah akan berkata...ada orang langsung tak ada apa untuk dimakan.Seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.Dengan itu tak ada siapa yang berani memuncung walau apa juga yang dihidang.Tak suka makan sikit.
Bonda pula begitu penyabar dan tak suka banyak cakap.Bercakap tapi bukan berleter.Walau pun orang kampong dah pakai dapur gas, bonda tetap menggunakan arang untuk memasak.Orang lain sudah pakai blender tapi bonda tetap dengan batu gilingnya.
Walaupun suami seorang gurubesar tapi bonda tak pandai meminta-minta.Baju dan bedak pula arwah bapa yang belikan.Apa warna kain yang dibeli diterima dengan kesyukuran.Tak pernah tersebut di mulut..tak suka warna ini ke warna itu ke. Bila dapat terus buat baju dan pakai.Kalau tak suka lepas itu baru simpan.Sentiasa menghargai pemberian suami.
Tak pernah terdengar bonda membantah suruhan suami.Apa lagi meninggikan suara.Kalau bapa berleter,bonda hanya mendiamkan diri.Hanya aku yang suka menjawap walau pun selalu dimarahi bonda kerana katanya kalau di jawap lagi panjang marahnya.Tapi kerana aku anak tunggal perempuan kesayangan bapa,bapa akan beralah.Manja lah konon.
Aku amat mengagumi bapaku di atas perihatinnya kpada kaum keluarga seperti adik,kakak dan ipar duainya.Dia akan sentiasa membantu dengan kewangan yang ada.Semuanya akan dibantu bila perlu.Bonda pula tak pernah hirau apa dan berapa yang bapa keluarkan untuk sanak saudara.Kata bonda itu tanggung jawap bapa untuk adik beradik dia.Itu hak dia.
Satu lagi arwah bapa suka bawak kami berkunjung ke rumah saudara mara..terutamanya yang lebih tua walaupun sekampung.Lepas makan malam,terutama malam kelepasan,kami akan berjalan kaki ke rumah Mak Long, ke rumah Pak Cu ke rumah saudara mara.Berbual sejam dua baru balik.
Apabila tetamu atau sanak saudara datang berkunjung,mesti disediakan makanan atau kalau tidak pun air bujang.Tidak kira lah siang ke atau dinihari.Bonda tak pernah merungut walau dikejutkan untuk membuat air untuk tamu yang terpaksa datang di waktu dinihari.
Sahaja aku paparkan disini untuk dijadikan pedoman hidupku dari sifat sifat yang ada pada kedua ayah bonda ku.Inilah didikan yang mereka berikan pada ku.Dan kini usiaku 51 tahun dan seboleh mungkin aku ingin mewarisi sifat-sifat baik mereka untuk menjalani hidup ini.Untuk anak anak cucu arwah,renungkanlah titipan ini untuk dijadikan sempadan hidup.

Saturday, September 25, 2010

RUMAH WARISAN .

Inilah rumah warisan peninggalan ayah bondaku.Di sinilah aku dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang keluargaku.Kini yang tinggal hanya lah berbagai kenangan..ada yang pahit dan ada yang manis..Sepanjang ingatan ku hanya sekali bonda memarahi ku kerana enggan ke sekolah...Hanya sekali itu rasa nya sepanjang ingatanku...Bonda yang amat penyabar dan penyayang...Telah 24 tahun bonda pergi menyambut panggilan Illahi...Semuga Allah menempatkan bonda di taman-taman syurga...Ayahnda juga amat penyayang walau pun tegas..Kami di didik dengan penuh disiplin.Ayahnda juga telah menyusuli lebih kurang 11 tahun yang lalu..Kini rumah ini di jaga oleh bonda tiriku ku.Rumah ini kini menjadi tempat anak-anak dan orang dewasa kampung ku mengaji Al Quran.Alhamdulilah atas segala usaha bonda tiriku rumah ini sentiasa di hiasi alunan ALQURAN.Semuga segala usahanya sentiasa mendapat rahmat Allah dan juga jariahnya sampai kepada kedua ayahbondaku dan keluarga kami..ALFATIHAH...